Wednesday, August 27, 2008

"PERMATANG PAUH" satu analisis

Nampaknya pengembaraan si belit semakin hampir dengan puncak tujuannya. Adakah dia mampu untuk meneruskan lagi pengembaraan ini atau ianya akan menjadi satu titik noktah dalam perjalanan panjang yang telah beliau tempuhi.
Sebenarnya satu kemenangan tidak semestinya adalah satu permulaan, tidak mustahil kemenangan itu menjadi satu titik yang akan memutuskan garisan yang telah lama di garis dengan baik kerana selepas ini hasil dari garisan itu yang perlu diterjemahkan. Adalah amat sukar untuk menterjemahkan lukisan itu kepada suatu bentuk berbanding dengan hanya melakar satu garisan.
Kemenangan oleh DSAI di Permatang Pauh sebenarnya adalah satu bala buat DSAI. Dengan kemenangan ini maka bermulalah segala apa yang dijanjikan menjadi satu tuntutan buat rakyat dan ianya akan pasti lebih memberi tekanan untuk mengotakan janjinya. Berapa lama masa yang diambil untuk mengotakan janjinya, setahun ... dua.. atau next election.. jika ini berlaku maka bermakna beliau tidak akan berjaya buat selamanya. Tiada siapa lagi yang akan percaya padanya, pada kepetahan hujahnya.. Selepas ini bukan lagi masa untuk berdolak dalik.. bukan lagi masa beretorik.. ini adalah masa untuk mengotakan apa yang dikata. Jika beliau mempunyai ribuan strategi.. tidakkah kita terfikir bahawa BN jua mempunyai jutaan strategi yang mungkin seribu kali lebih baik. Adakah orang-orang UMNO begitu bodoh untuk membiarkan kuda emas digenggaman terlepas kepada gembala yang menang dalam pertarungan memperdayakan rakyat yang dibutakan dengan hujah-hujah yang retorik.
Hari ini telah menjadi sejarah buat hari esok dan seterusnya. Hari ini menjadi saksi kepada prinsip-prinsip Iman diketepikan hanya kerana masyarakat terlalu menyanjung orang yang secara terangan tidak berani untuk menyucikan moralnya sendiri. Seorang yang insaf dan menggunakan pendekatan Islam untuk menyucikan moral dan menyatakan haknya telah diperlekehkan. Kaedah Islam itu sendiri dipersoalkan oleh orang-orang yang selama ini memperjuangkan agar Syiar Islam itu di tegakkan.
Mampukah DSAI menawan Kota Idamannya dengan bermimpikan dikelilingi Jeneral-jeneral BN yang sudah tidak setia lagi pada pengasuh lamanya. Benarkah ada orang yang tidak setia, berapa yang sanggup ditawarkan, adakah BN tidak mampu untuk membuat tawaran yang sama??.... Apalah gunanya harta buat pengikut BN sekiranya sudah tidak berkuasa. Apalah yang disayang pada wang berjuta jika sudah tiada kuasa. KUASA itu yang menjamin harta dan segalanya tidak akan habis...maka jagalah kuasa itu wahai pemimpin BN.

1 comment:

Anonymous said...

satu kuase kecil ble hncurkan yg bsar...
tak mustahil bende tu ble jadi...
kalu BN asyik lalai ngan ape yg ade skrng sume bende ble berlaku..

Permatang Pauh..
bukti kepade betape naifnye org melayu skrang.
mereke bute dan hanyut dlm janji2 yg mustahil...
bukan saje BN tp org malayu juge perlu sedar bhawe kuase kite da tak kuat... kedudukan org melayu semakin goyah di bumi sendiri...
pk2 kan la