Di sini penulis akan cuba mengjangkakan harga petrol yang akan diumumkan oleh kerajaan tidak lama lagi. Jangkaan ini berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat oleh penulis sepanjang bulan ini iaitu ogos 2008. Kemungkinan ketepatan pada jangkaan ini bagi penulis sekitar 70% sahaja.
Kerajaan telah menaikkan harga petrol dari RM1.92 kepada RM2.70 kerana berlakunya kenaikan pada harga petrol dipasaran antarabangsa sekitar USD130.00 per barrel. Kenaikan kira-kira 40% daripada harga sebelumnya. Apakah rasional kepada kenaikan sebanyak itu hanya diketahui oleh pakar-pakar ekonomi yang telah menasihatkan Menteri Kewangan untuk menaikkan harga bahan bakar tersebut.
Sekiranya kerajaan mengguna pakai kaedah harga purata bulanan untuk penentuan harga petrol yang baru, disamping pengekalan subsidi sebanyak RM0.30, dan sekiranya kita ambil harga purata petrol bagi bulan Ogos ialah USD115.00 per barrel=159 liter. Setelah dicampur dengan kos pengurusan kira-kira RM0.32, dapat dikira harga pasaran bagi seliter petrol ialah RM2.63 dan di tolak subsidi RM0.30, harga bagi seliter petrol bagi pasaran Malaysia ialah RM2.33 pada 1 september 2008.
Jika harga ini yang diumumkan maka TERIMA KASIH KERAJAAN YANG PERIHATIN. Harap jangkaan ini tidak jauh dari yang akan diumumkan.
3 comments:
kalu betul bro... rspectla lu..
hmm...awal plak pak lah umum....
sudah lah bro ko tu bodek jee lebih
Post a Comment