Tuesday, August 19, 2008

Penentuan Harga Minyak

Penulis terpanggil untuk berbicara sedikit tentang kaedah penentuan harga minyak yang akan diumumkan kerajaan tidak lama lagi. Mungkin kaedah purata bulanan harga minyak adalah satu kaedah yang terbaik yang dapat difikirkan oleh pakar-pakar ekonomi kerajaan buat masa ini. Walaupun penulis agak kurang berpengatahuan dalam selok belok ekonomi, tetapi sekadar menyumbangkan pendapat rasenya tidak mengapa.. kita kan negara demokrasi. Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 51 tahun.

Penentuan harga minyak secara purata pada setiap bulan tentunya akan mengakibatkan berlakunya satu keadaan ekonomi yang tidak menentu dalam negara. Minyak adalah salah satu daripada medium yang digunakan oleh para peniaga dan peruncit dalam mengira kadar keuntungan mereka. Sekiranya keadaan bagi medium ini tidak menentu maka sudah tentulah mereka akan mengambil kesempatan untuk melakukan 'adjustment' mungkin dengan kadar yang tinggi bagi memastikan mereka tidak rugi.

Apakah tindakan penguatkuasaan oleh kerajaan untuk mengawal keadaan ini daripada berlaku. Harapan tinggi kepada pihak kerajaan sudah bersedia untuk mengawal situasi ini. Mungkin kerajaan boleh menggunakan satu mekanisma baru untuk para peniaga supaya mereka tidak akan sewenangnya menaikkan atau mengenakan caj keuntungan kehadapan untuk memastikan mereka tidak akan rugi sekiranya harga pada hari ini tidak boleh dijual pada hari esok.

(akan bersambung nanti)

No comments: