Wednesday, August 20, 2008

"Semangat Merdeka" zaman kita

Semasa kecil-kecil penulis selalu melihat orang dewasa kehulu kehilir.. entah apa yang mereka lakukan. Apa yang kelihatan hanyalah kain-kain rentang (jalur gemilang) pada fikiran penulis pada masa itu memenuhi pelusuk rumah dan kampung. Apa yang sedang ingin mereka lakukan, penulis sering tertanya di dalam hati. Oh rupanya mereka sedang menaikkan Jalur Gemilang. Sungguh patriotik rasanya di saat itu.

Sekarang sudah sukar untuk melihat ramai orang menaikkan Jalur Gemilang. Yang ada hanyalah pekerja-pekerja majlis tempatan, itupun kerana dibayar , pekerja-pekerja kerajaan yang di arahkan. Tiada lagi semangat itu. Mungkin kerana kita dah 51 tahun merdeka, maka 51 itu sudah hanya kelihatan sebagai satu angka sahaja. Tiada lagi semangat di sebalik angka itu.

Kita berjaya menjayakan majlis yang besar-besar untuk sambutan kemerdekaan itu, ramai anak muda, tua dan kanak-kanak memenuhi sekitar sambutan kemerdekaan. Kita berjaya menarik mereka memenuhi sambutan dengan pelbagai acara menyanyi, tembakan bunga api, bermacam lagi jualan, maka hari ini kita telah berjaya menganjurkan sebuah pesta sebenarnya. Apabila anak muda ini membesar, anak kecil ini membesar, mereka akan melihat apabila tibanya 31 ogos, maka kita akan mula berpesta dan ini yang telah berjaya kita lakukan.

(bersambung)

No comments: