STATEGI PEMBANGKANG KEKALKAN KUASA @ KETEPIKAN KUASA RAJA
Penulis agak terkejut dengan situasi yang berlaku di Perak sekarang ini. Apabila pembangkang masih tidak dapat menerima kenyataan bahawasanya pemerintahan di Perak sudah kembali kepada MELAYU. Pelbagai helah sedang dibuat untuk mengekalkan penguasaan pembangkang di Perak. Apabila MB dan Exco digantung dari dewan maka secara tidak langsung suara BN akan kehilangan majoriti dan ini bermakna jawatan Speaker masih kekal kepada pembangkang.
Kenapa MB digantung selama 18 bulan dan para exco 12 bulan, secara logiknya ini memberi masa kepada barisan pembangkang untuk memfailkan segala tindakan BN di Mahkamah, dan dengan harapan kerajaan Perak akan kembali dibawah penguasaan konco-konco mantan MB(Nizar) untuk kembali berkuasa.
Apabila BN tidak dapat suara majoriti di dewan undangan maka segala keputusan yang telah diambil oleh kerajaan pakatan tidak boleh dipinda selain Kerajaan BN tidak dapat menawarkan apa-apa perubahan kepada rakyat terutamanya mungkin pemberian hak milik tanah selama 1999 tahun kepada semua peneroka felda dan kampung baru banjir milik MELAYU....
1 comment:
bro bila nak update tulisan
www.dewakampung.blogspot.com
Post a Comment