Thursday, February 5, 2009

Analisis politik semasa bah. 1

Nampaknya Anwar Ibrahim dah terkena kali ini dengan Dato seri Najib, (mereka dulu kawan baik + team yang sama). Percaturan anwar membawa masuk Adun Bota ke dalam PKR nampak hebat tetapi rupanya ia hanyalah gimik dari Najib untuk mengalihkan perhatian anwar. Anwar dah terkena kali ini. Dato Seri Anwar Ibrahim memang terkenal sebagai seorang yang strategis..

Kenapa beliau terkena, kerana Najib juga tidak kurang hebat orangnya, masing-masing sudah tahu kelebihan dan kekurangan masing-masing. Masing-masing ada "ubat" tersendiri untuk mengalahkan lawan. Kalau dah berperang dengan kawan baik.. apa lagi yang boleh disembunyikan. Nampaknya anwar terpaksa memerah otak untuk mencari strategi yang lain kerana banyak dari strategi nya sudah tumpul dan di telan zaman.

Kepada Dato Seri Najib ..SYABAS.. teruskan usaha anda untuk mengembalikan kembali kegemilangan BARISAN NASIONAL seperti suatu masa dahulu.

No comments: