Friday, March 13, 2009

Demokrasi doktrin penjajahan era baru

Modus operandi utama negara-negara barat dalam menjatuhkan negara-negara miskin yang lain ialah dengan "slogan demokrasi untuk semua'. Dengan cara ini banyak pemerintahan yang ada dan kekal untuk beberapa ratus tahun telah jatuh hanya kerana doktrin demokrasi itu, iaitu kebebasan seseorang rakyat untuk mendapatkan haknya walaupun tidak semestinya segala kemahuannya betul. Atas prinsip demokrasi ini barat telah berjaya menjajah minda orang-orang yang inginkan kebebasan secara total.

Adakah demokrasi ini benar-benar sesuai dengan orang asia yang terdiri daripada pelbagai kaum, contohnya di indonesia sahaja terdapat beratus kaum. Ini belum lagi dikira di lain-lain tempat di Asia. Sekiranya semua orang di beri kebebasan untuk melakukan apa sahaja, adakah akan berlakunya satu kedudukan yang stabil. Sikap orang Asia yang suka bergaduh, khianat dan sebagainya memungkinkan demokrasi itu akan gagal sekiranya negara itu lemah dan miskin.

China adalah sebuah negara yang berjaya walaupun tidak mengamal kan doktrin demokrasi ala barat. Ini kerana dengan menggunakan fahaman komunis, mereka telah dapat mengawal kehendak rakyat nya yang pelbagai dan dari sini wujudnya keamanan. Bukannya bermakna komunisme itu baik tetapi ianya lebih berjaya menguruskan kerajaan yang mempunyai rakyat yang pelbagai dengan baik. Ada kalanya ketegasan itu penting untuk menjaga kepentingan majoriti daripada minoriti yang semestinya akan sentiasa tidak berpuas hati.

No comments: