Friday, September 4, 2009

1 Mahathir

Baru je nak merasa jimat dah naik pulak minyak...emmm..inilah Malaysia.. indahnye Malaysia.


Rupanya pemimpin yang hebat itu tiada galang gantinya. Kalau dahulu patik ingat adalah orang yang akan menggantikan Tun Mahathir, rupanya masihjauh lagi harapan itu. Baru je merase minyak RON95 RM1.75. sempat la sekali mengisi minyak, maka pada hari ini dah dinaikkan kepada RM1.80.


Kira memang pandaila ahli politik, kiranya tunai janji juga la tu walaupun sehari. Janji Menteri dulu minyak akan turun, tapi dia tak janji plak berapa lama.... tak sangka la plak tak sampai pun seminggu. Sangat bagusla kerajaan sekarang, sangat pandai mengurus ekonomi. yang pentingnya janji sudah ditunaikan. Apa bezanya kalau pakai minyak murah tapi dibayar pada harga yang mahal. lebih baik kekalkan minyak berkualiti pada harga sedikit lebih.


Agaknya kalau Tun Mahathir masih berkuasa apa agaknya pilihan beliau.. patik rase.. takkan naikpun minyak tu, sbab beliau seorang yang sayangkan rakyat. pilihan nya pasti memikirkan kebajikan yang susah dahulu dari mementingkan ideologi pakar ekonomi yang takutkan Malaysia akan bankrap....
Keputusan yang sedikit itu kadangkala membawa makna yang amat besar untuk rakyat.. cukuplah sudah bermain dengan ayat-ayat songsang.. Kalau dahulu KDNK Malaysia belum pun sampai 150 bilion , kita boleh menanggung subsidi hingga 5 billion takkanlah sekarang ini KDNK negara dan pun mencapai 180 billion tak boleh pun nak tanggung subsidi lebih.....

Wednesday, August 26, 2009

TV Kita.. 1Malaysia @ 1Indonesia

Sudah sekian lamanya kerajaan melaungkan slogan 1malaysia, nampaknya 1malaysia hanyalah satu slogan kerajaan sahaja.
Semalam patik ada melihat iklan di kaca tv.. semua nya boleh dikatakan iklan rancangan indonesia yang akan ditayangkan. Apa sudah jadi dengan konsep Satu Malaysia. Kalau dah rancangan di tv hanya 'support' rancangan Indonesia jadi lebih baiklah kita tukar kepada slogan 1INDONESIA la pulak. Dah la siaran tv kononnya yang terpopular di malaysia..tapi 'support' rancangan negara lain. Agaknya banyak orang sebelah sana yang bayar cukai untuk Malaysia agaknya...

Tuesday, August 25, 2009

Selamat Berpuasa

Salam untuk semua..
Setelah sekian lama tak update blog.. hari ini hamba terpanggil untuk mengucapkan Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan untuk semua umat Islam. Jangan lupa bahawasanya kita berada dibulan yang mulia ini janganlah kita cuba ataupun memandai untuk menulis sesuatu yang mengaibkan orang ataupun fakta-fakta yang tidak jelas.

Sebarang fakta yang tidak jelas akan mengurangkan pahala puasa kita. Kenapa???... kerana apa yang kita fikir tidak semestinya sama dengan apa yang orang lain fikir. Tidak semestinya cantik dimata kita sama cantiknya pada pandangan orang lain. Begitu jua dengan bahasa. Mungkin bahasa kita kasar jadi kita rasakan kita bebas untuk berbicara..tetapi bahasa itu mungkin akan melukakan hati orang lain. Tanpa kita sedari kita telah mengurangkan pahala puasa kita. Tapi andaian hambalah.. kerana Pahala itu terletak pada kuasa Yang Maha Esa. Sekurangnya kita berusaha untuk menambah pahala kita di bulan yang mulia ini.

Tuesday, June 23, 2009

Happy father's day....

Happy father's day to all dady in the world...
hope this year will bring more happiness ...

Wednesday, April 8, 2009

BN KALAH LAGI

Penulis sempat pergi ke bukit gantang beberapa hari sebelum pilihanraya.. saje sekadar nak nengok kemeriahan orang berkempen..

Di sini penulis nak senarai beberapa sebab mengapa BN masih kalah melainkan Menang di Sarawak.

i. Jentera pihak pembangkang yang bekerja di bukit gantang boleh dikatakan sekali ganda lebih besar daripada jentera BN. Disini saja kita dapat melihat bahawa belum pun undi, mereka dah menang. Ini bermakna jika kita buat perkiraan secara mudah, jentera BN baru sampai je mereka dah berjaya memancing pengundi di berpuluh-puluh rumah. strategi pembangkang seperti biasa iaitu akan memancing undi disetiap rumah penduduk berbanding BN yang lebih gemar berceramah di pondok-pondok pos parti.

ii. Jika kita lihat suatu masa dulu Umno sangat kuat kerana semua ahli Umno bersatu, tetapi kini ahli Umno telah terpecah dua, satu di pihak Umno, dan satu lagi masuk PKR. Jika Umno ingin kembali kuat, mereka perlu berusaha memujuk kembali ahli mereka dulu menyertai Umno semula. Apabila PKR + PAS,ini menjadi kan pembangkang kuat. Ini menyebabkan jentera mereka semakin besar.

iii. Kekalahan BN kepada PR tidak menunjukkan bahawa ianya satu keputusan yang betul2 berpihak kepada PR kerana majoriti kemenangan hanyalah kecil sahaja. Dan ini bila-bila masa boleh berpihak kepada BN sekiranya adanya usaha yang kuat untuk menarik kembali ahli BN yang kecewa.

iv. Kemenangan Ketua Pemuda UMNO tidak mencermin kan kemahuan akar umbi, bagaimana orang yang mendapat pencalonan lebih tinggi dari akar umbi boleh kalah, satu pengkhianatan oleh perwakilan terhadap aspirasi akar umbi telah dilakukan. Ini membuatkan akar umni tidak bergerak untuk memastikan kemenangan di pihak BN.

v. Nampaknya perwakilan UMNO kenyang di perwakilan sahaja. Masih tidak sedar dengan realiti semasa.