Tuesday, August 25, 2009

Selamat Berpuasa

Salam untuk semua..
Setelah sekian lama tak update blog.. hari ini hamba terpanggil untuk mengucapkan Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan untuk semua umat Islam. Jangan lupa bahawasanya kita berada dibulan yang mulia ini janganlah kita cuba ataupun memandai untuk menulis sesuatu yang mengaibkan orang ataupun fakta-fakta yang tidak jelas.

Sebarang fakta yang tidak jelas akan mengurangkan pahala puasa kita. Kenapa???... kerana apa yang kita fikir tidak semestinya sama dengan apa yang orang lain fikir. Tidak semestinya cantik dimata kita sama cantiknya pada pandangan orang lain. Begitu jua dengan bahasa. Mungkin bahasa kita kasar jadi kita rasakan kita bebas untuk berbicara..tetapi bahasa itu mungkin akan melukakan hati orang lain. Tanpa kita sedari kita telah mengurangkan pahala puasa kita. Tapi andaian hambalah.. kerana Pahala itu terletak pada kuasa Yang Maha Esa. Sekurangnya kita berusaha untuk menambah pahala kita di bulan yang mulia ini.

No comments: