Thursday, June 16, 2011

Hari ini..

Petrol ron 97 turun 10 sen..

DNA babi dalam tobusco sos...

laman web di malaysia di godam....

Perjuangan kita belum selesai..

Tuesday, April 20, 2010

PRK Hulu Selangor

Nampaknya bahang PRK di hulu selangor makin panas.. makin banyak isu yang dimainkan. Ini lah rasminya pilhanraya, serang-menyerang pasti akan berlaku. Nampaknya yang bertanding bukanlah orang lain tetapi ibarat pertelingkahan adik beradik. Apa tidak nya kerana calon PKR iaitu zaid ibrahim bekas ahli UMNO, seorang yang mendapat manafaat semasa berada dalam UMNO dan sekarang ini ingin menentang UMNO atas dasar keadilan dan demokrasi kononnya...Setelah berjaya mengumpul harta kekayaan maka pada hari ini BN dikatakan menindas rakyat dan tidak adil sedangkan dahulu semasa mengumpul kekayaan semasa masih ahli UMNO berapa banyak masyarakat miskin yang telah berjaya dibantu...itu lah dia politik, kalau menang nampak nya bertambahlah kekayaan zaid...

Saturday, January 23, 2010

Tahun 2010

Alhamdulillah... ada juga kesempatan tahun baru walaupun dah terlewat..macam mana tah boleh terlupa update blog ... Moga tahun ini akan tercapai segala cita-cita.

Tuesday, November 24, 2009

MAJORITI vs MINORITI

Selalunya kita selalu tertipu dengan apa yang sering berlaku di depan mata kita. Ini kerana apa yang kita sering lihat tidak semestinya benar dan patut dilakukan. Ini lah yang dikatakan minoriti mempengaruhi majoriti. Sedangkan pendapat majoriti itu yang seharusnya diutamakan. Oleh kerana permainan pelbagai pihak yang hebat dalam mengatur strategi maka pendapat minoriti ini seakan adalah suara bagi majoriti.
Ini sebenarnya hanyalah permainan pihak minoriti yang dahagakan kuasa. Dengan sedikit kuasa yang ada pun mereka sudah bertelagah sesama sendiri untuk mendapatkan apa yang mereka perjuangkan. Sedangkan apa yang diperjuangkan adalah tidak sama .. sama sekali kehendaknya diantara mereka. Oleh kerana demi perjuangan untuk mengalahkan suara majoriti maka keperluan kepada kehendak mereka yang sebenarnya diketepikan dahulu. Apabila sudah mencapai kuasa maka kehendak-kehendak ini muncul kembali dalam angan mereka. Ada antara kehendak ini sudahpun dipenuhi, sayangnya ada yang terpaksa menerima kehendak yang lain kerana ego untuk mempertahankan kuasa yang kecil itu walaupun terpaksa menjual harga diri dan prinsip yang telah sekian lama dijunjung.
Berbalik kepada pilihan majoriti, apa yang kita ada sekarang adalah pilihan majoriti. Ini kerana majoriti rakyat membuat pilihan untuk meneruskan dasar dan kepimpinan yang ada. maka sepatutnya kehendak majoriti yang perlu diutamakan. Penerusan kepada setiap dasar yang ada dan kepercayaan kepada pembuat dasar untuk meneruskan agenda pembangunan yang telah dirancang. Apa yang berlaku ialah minoriti ini sedang mempengaruhi dan menampakkan bahwa apa yang berlaku tidak benar dan tidak tepat seakan itu adalah pendapat majoriti. Sebenarnya kekecohan dan kekalutan yang berlaku hanyalah dari pendapat minoriti yang tidak berpuas hati kerana mereka minoriti.
Adakah kita masih lagi ingin percaya pada pendapat minoriti ini yang hanyalah inginkan kuasa.

Friday, September 4, 2009

1 Mahathir

Baru je nak merasa jimat dah naik pulak minyak...emmm..inilah Malaysia.. indahnye Malaysia.


Rupanya pemimpin yang hebat itu tiada galang gantinya. Kalau dahulu patik ingat adalah orang yang akan menggantikan Tun Mahathir, rupanya masihjauh lagi harapan itu. Baru je merase minyak RON95 RM1.75. sempat la sekali mengisi minyak, maka pada hari ini dah dinaikkan kepada RM1.80.


Kira memang pandaila ahli politik, kiranya tunai janji juga la tu walaupun sehari. Janji Menteri dulu minyak akan turun, tapi dia tak janji plak berapa lama.... tak sangka la plak tak sampai pun seminggu. Sangat bagusla kerajaan sekarang, sangat pandai mengurus ekonomi. yang pentingnya janji sudah ditunaikan. Apa bezanya kalau pakai minyak murah tapi dibayar pada harga yang mahal. lebih baik kekalkan minyak berkualiti pada harga sedikit lebih.


Agaknya kalau Tun Mahathir masih berkuasa apa agaknya pilihan beliau.. patik rase.. takkan naikpun minyak tu, sbab beliau seorang yang sayangkan rakyat. pilihan nya pasti memikirkan kebajikan yang susah dahulu dari mementingkan ideologi pakar ekonomi yang takutkan Malaysia akan bankrap....
Keputusan yang sedikit itu kadangkala membawa makna yang amat besar untuk rakyat.. cukuplah sudah bermain dengan ayat-ayat songsang.. Kalau dahulu KDNK Malaysia belum pun sampai 150 bilion , kita boleh menanggung subsidi hingga 5 billion takkanlah sekarang ini KDNK negara dan pun mencapai 180 billion tak boleh pun nak tanggung subsidi lebih.....