Tuesday, November 24, 2009

MAJORITI vs MINORITI

Selalunya kita selalu tertipu dengan apa yang sering berlaku di depan mata kita. Ini kerana apa yang kita sering lihat tidak semestinya benar dan patut dilakukan. Ini lah yang dikatakan minoriti mempengaruhi majoriti. Sedangkan pendapat majoriti itu yang seharusnya diutamakan. Oleh kerana permainan pelbagai pihak yang hebat dalam mengatur strategi maka pendapat minoriti ini seakan adalah suara bagi majoriti.
Ini sebenarnya hanyalah permainan pihak minoriti yang dahagakan kuasa. Dengan sedikit kuasa yang ada pun mereka sudah bertelagah sesama sendiri untuk mendapatkan apa yang mereka perjuangkan. Sedangkan apa yang diperjuangkan adalah tidak sama .. sama sekali kehendaknya diantara mereka. Oleh kerana demi perjuangan untuk mengalahkan suara majoriti maka keperluan kepada kehendak mereka yang sebenarnya diketepikan dahulu. Apabila sudah mencapai kuasa maka kehendak-kehendak ini muncul kembali dalam angan mereka. Ada antara kehendak ini sudahpun dipenuhi, sayangnya ada yang terpaksa menerima kehendak yang lain kerana ego untuk mempertahankan kuasa yang kecil itu walaupun terpaksa menjual harga diri dan prinsip yang telah sekian lama dijunjung.
Berbalik kepada pilihan majoriti, apa yang kita ada sekarang adalah pilihan majoriti. Ini kerana majoriti rakyat membuat pilihan untuk meneruskan dasar dan kepimpinan yang ada. maka sepatutnya kehendak majoriti yang perlu diutamakan. Penerusan kepada setiap dasar yang ada dan kepercayaan kepada pembuat dasar untuk meneruskan agenda pembangunan yang telah dirancang. Apa yang berlaku ialah minoriti ini sedang mempengaruhi dan menampakkan bahwa apa yang berlaku tidak benar dan tidak tepat seakan itu adalah pendapat majoriti. Sebenarnya kekecohan dan kekalutan yang berlaku hanyalah dari pendapat minoriti yang tidak berpuas hati kerana mereka minoriti.
Adakah kita masih lagi ingin percaya pada pendapat minoriti ini yang hanyalah inginkan kuasa.

No comments: