
<<<< SERONOKNYA ANWAR DAPAT BERJALAN KE LUAR NEGARA. ORANG MISKIN SEPERTI KITA TAKKAN MERASA PUN .....
MASYARAKAT KINI MUDAH PERCAYA DENGAN SEGALA TOHMAHAN ANWAR IBRAHIM. KEHEBATAN BERPIDATO YANG DIKURNIAKAN OLEH TUHAN KEPADANYA TELAH DIJADIKAN SENJATA UNTUK MEMANIPULASIKAN SETIAP ISU DENGAN BAIK DAN DAPAT MEMIKAT AUDIENS DENGAN BIJAK SEKALI.
PERCAYAKAH ANDA KEPADA ANWAR IBRAHIM ?? ... .. .
Pernahkah kita menilai kembali setiap kata-kata yang telah dilemparkan oleh beliau sewaktu setiap sesi ceramah yang di adakan. Di sini penulis akan cuba menganalisis setiap tohmahan beliau kepada orang lain.
1. Kes pembunuhan altantuya, walaupun mahkamah tidak mengaitkan pembunuhan itu dengan TPM kita, tetapi beliau tetap cuba mempengaruhi rakyat dengan mengaitkan TPM dengan pembunuhan tersebut. Cuba kita fikirkan, adakah beliau seorang sahaja yang adil, adakah hakim-hakim kita sudah tidak sebijak beliau, mustahil dengan keupayaan pasukan polis dan penyiasat yang ada sekarang boleh terlepas pelbagai bukti untuk mengaitkan siri pembunuhan tersebut. Kalau benar mahkamah itu tidak adil, BOLEHKAH BELIAU SEKARANG INI MENJADI AHLI PARLIMEN..!!!. .. .Kalau benar Mahkamah tidak adil dan mengikut telunjuk, PERSOALANNYA BOLEHKAH BELIAU MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN, bukankah ini menunjukkan segala tohmahan beliau adalah tidak tepat.Jika mahkamah boleh dipergunakan, lebih baik diletakkan kembali saudara Anwar kembali kedalam tahanan.
2. Kes Mata Lebam beliau, tuntutan terhadap Tan Sri Musa dan Gani Patail, Jika benar mereka terlibat, sudah tentunya ada kes itu dua insan ini dihadapkan ke mahkamah.. KONONNYA ANWAR ADA BUKTI.. semua orang boleh kata ada bukti kesalahan orang lain, pihak POLIS bukannya baru setahun dua belajar mengendalikan kes, sudah tentunya BUKTI yang ada telah dinilai dengan baik. Oleh kerana tidak ada kes maka polis tidak bersifat jujur dan amanah dalam tugas. Ini satu anggapan yang tidak baik kerana LEBIH RAMAI LAGI POLIS YANG JUJUR DARI ANWAR bertugas dengan hati yang ikhlas walaupun terpaksa berjaga siang dan malam.
3. Kisah 46 ekor lembu di Selangor... Apabila menteri besar menyerahkan lembu untuk tujuan ibadah, ianya sudah tentu satu perbuatan yang mulia dalam Islam, Dalam Islam bolehkah kita mencuri dengan alasan hasil curian itu untuk diserahkan kepada rumah anak yatim, kalau tidak silap penulis, hanya ROBINHOOD saja yang melakukan perbuatan begini. Apa yang penulis maksudkan ialah walaupun tujuan kita baik , tetapi niat yang baik perlulah disertai dengan perbuatan yang baik. Salahguna kuasa bukanlah suatu perbuatan yang baik sedangkan banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan.
Apabila agensi kerajaan seperti POLIS, SPRM dan sebagainya tidak menghasilkan keputusan seperti yang mereka kehendakkan maka KEADILAN itu tidak wujud, adanya salahguna kuasa, adanya konspirasi.. PATUTKAH KITA BERFIKIRAN BEGITU SEDANGKAN MEREKA JUGA BEKERJA SEDAYA UPAYA MEREKA UNTUK MENYARA KEHIDUPAN MEREKA YANG TENTUNYA TIDAK SEKAYA SAUDARA ANWAR DAN KONCONYA. ALANGKAH SEDIHNYA KITA JIKA KITA DIKATAKAN TIDAK AMANAH SEDANGKAN KITA TELAH MELAKSANAKAN SEGALA UPAYA KITA UNTUK MEMBERI YANG TERBAIK YANG DAPAT KITA LAKUKAN.