Monday, January 12, 2009

Palestin = lambang ketakutan dunia arab kepada Amerika

Bumi Palestin kini bermandikan darah para pejuang Islam. Kita merasa amat sedih bagaimana perkara sebegini boleh berlaku sedangkan disekeliling nya terdiri daripada negara Islam yang kaya raya seperti Kuwait, Bahrain, Arab Saudi dan beberapa negara Islam lain lagi.

Apakah yang membuatkan mereka ini amat takut untuk membantu Palestin, sedangkan jihad itu di tuntut kepada semua Muslim. Adakah mereka sedar lambat laun nanti pasti israel akan sampai juga ke lain - lain tanah arab apabila seluruh palestin sudah berada dalam genggaman.

Perlu kita ingat bahawa rejim zionis ini bukan hanya berkehendakkan Palestin tetapi seluruh tanah Arab untuk dijadikan negara israel. Sekarang ini mereka yang sedang dibuai kemewahan pasti akan merasa seperti mana yang dirasai oleh rakyat Palestin sekarang ini.

Sedarlah wahai pemimpin Arab bahawasanya tidak lama lagi kamu juga akan menerima nasib yang sama seperti Palestin sekiranya masih berdiam diri. Lihat lah apa yang terjadi kepada Iraq yang akhirnya tewas di tangan amerika kononnya mereka ini pengganas.

Kerahkan segala kekuatan yang ada untuk menghapuskan pengganas israel dari muka bumi ... Allah hu akbar.... takbirr.....

No comments: