Wednesday, December 24, 2008

tidak semestinya penswastaan

1. Beberapa hari yang lepas kita dikejutkan dengan berita Sime darby ingin mengambil alih IJN (institut jantung negara). Ramai yang terkejut kerana ianya sudah sampai ke peringkat pembuatan keputusan peringkat tertinggi.

2. Rasional di sebalik pengambilalihan itu tidak diberikan dengan jelas. Kenapa perlunya IJN di swastakan sedangkan selama ini ia dapat memberi khidmat nya dengan baik sekali.

3. Faktor gaji diketengahkan. Adakah ini faktor utama. Adakah kerajaan sudah tidak mampu untuk menampung kos operasi IJN itu sendiri.

4. Kemana pesakit-pesakit yang miskin dan pesara-pesara kerajaan ingin mengadu sekiranya IJN diswastakan. Sedangkan ramai dari mereka mendapat bekalan perubatan secara percuma selama ini.

5. Telah ramai yang mendapat untung apabila diberi kuasa dan berkuasa. Janganlah terlalu tamak hinggakan kemudahan rakyat pun ingin di niagakan. Insaflah wahai pemimpin....

No comments: