masih belum terlewat untuk pm menulis.. walaupun pada hakikatnya baki yang tinggal untuk kita semua sampai kepada tarikh penting negara hanya tinggal lagi 11 hari lagi. Kini pelbagai situasi sedang berlaku diseluruh negara dan nampaknya keadaan masih lagi terkawal. Tetapi para penyokong sudah mula memperlihatkan beberapa tindakan yang agak tidak bertamadun.
pertembungan sengit di beberapa kawasan parlimen menunjukkan negara kini sedang menuju ke arah sebuah negara yang setiap orang merasa ingin melakukan sesuatu demi menyelamatkan negara tercinta. Adakah ini politik yang akan kita amalkan dan akan kita tinggalkan kepada generasi negara pada masa akan datang. Ini tidak mustahil kerana sebulum ini pun jika ada yang pernah membaca makalah mantik.. maka di dalam nya tertulis akan budaya dan pemikiran politik baru yang pada hari ini masih sukar untuk diterima.
apa sebenarnya yang rakyat mahukan dari politik yang kita sendiri pun sebenarnya masih tidak faham, kerana kefahaman politik itu sentiasa akan berubah mengikut arus yang dibawa oleh ahli politik yang mengajarkan politik itu kepada ahlinya. Adakah rakyat faham sebenarnya politik ini adalah jalan dimana rakyat berpeluang untuk mendapat hidup yang lebih baik dan jaminan masa hadapan yang lebih bermakna.
Pernahkah sebagai seorang rakyat dan penghuni kepada sebuah tanah yang dipanggil negara, kita telah melakukan sesuatu yang benar kita tahu dan faham akan kesannya. Adakah apa yang kita lakukan dan akan kita lakukan adalah perkara yang betul dan benar sebenarnya bukan sekadar ianya benar kerana kita merasakan ianya benar tetapi ianya adalah benar secara hakiki maka tiada lagi perumusan yang dapat dilakukan yang boleh di nyatakan pada akhirnya kita sebenarnya telah melakukan sesuatu yang tidak bijak dan akhirnya merosakkan geneasi kita sendiri.
peletusan maklumat yang tidak terkawal pada masa kini memungkin kita untuk menyerapi pelbagai maklumat dari pelbagai sumber yang kita sendiri pun tidak terkawal akan kebenarannya. Adakah kita ini menolak maklumat ini secara total atau kita akan mengambil yang lebih senang dengan menyerahkannya kepada kumpulan yang kita rasakan telah melakukan sesuatu yang betul sedangkan kita tidak memberi ruang untuk kumpulan itu mungkin akan melakukan sesuatu yang merosakkan kepentingan maklumat itu oleh kerana maklumat yang akan merosakkan sedikit keutuhan kumpulan. Maka kita dengan alasan hati yang malas membiarkan kepercayaan kita dicorakkan oleh pemikiran kumpulan ini. Maka apa perlu nya lagi politik itu diamalkan kerana asasnya politik ialah dimana ianya medan untuk kita mempertimbangkan setiap sesuatu dengan pertimbangan yang adil supaya ianya menjadi adil untuk kita menyatakan hukum yang sebenarnya kepada diri kita sendiri yang hasilnya nampak dan terkesan dalam bentuk yang mungkin tidak kita fahami.