Wednesday, April 8, 2009

BN KALAH LAGI

Penulis sempat pergi ke bukit gantang beberapa hari sebelum pilihanraya.. saje sekadar nak nengok kemeriahan orang berkempen..

Di sini penulis nak senarai beberapa sebab mengapa BN masih kalah melainkan Menang di Sarawak.

i. Jentera pihak pembangkang yang bekerja di bukit gantang boleh dikatakan sekali ganda lebih besar daripada jentera BN. Disini saja kita dapat melihat bahawa belum pun undi, mereka dah menang. Ini bermakna jika kita buat perkiraan secara mudah, jentera BN baru sampai je mereka dah berjaya memancing pengundi di berpuluh-puluh rumah. strategi pembangkang seperti biasa iaitu akan memancing undi disetiap rumah penduduk berbanding BN yang lebih gemar berceramah di pondok-pondok pos parti.

ii. Jika kita lihat suatu masa dulu Umno sangat kuat kerana semua ahli Umno bersatu, tetapi kini ahli Umno telah terpecah dua, satu di pihak Umno, dan satu lagi masuk PKR. Jika Umno ingin kembali kuat, mereka perlu berusaha memujuk kembali ahli mereka dulu menyertai Umno semula. Apabila PKR + PAS,ini menjadi kan pembangkang kuat. Ini menyebabkan jentera mereka semakin besar.

iii. Kekalahan BN kepada PR tidak menunjukkan bahawa ianya satu keputusan yang betul2 berpihak kepada PR kerana majoriti kemenangan hanyalah kecil sahaja. Dan ini bila-bila masa boleh berpihak kepada BN sekiranya adanya usaha yang kuat untuk menarik kembali ahli BN yang kecewa.

iv. Kemenangan Ketua Pemuda UMNO tidak mencermin kan kemahuan akar umbi, bagaimana orang yang mendapat pencalonan lebih tinggi dari akar umbi boleh kalah, satu pengkhianatan oleh perwakilan terhadap aspirasi akar umbi telah dilakukan. Ini membuatkan akar umni tidak bergerak untuk memastikan kemenangan di pihak BN.

v. Nampaknya perwakilan UMNO kenyang di perwakilan sahaja. Masih tidak sedar dengan realiti semasa.