Penulis tertarik untuk memberi sedikit komen setelah sekian lama penulis menyepikan diri. Senario politik Malaysia ketika ini nampak sangat meruncing pada amatan penulis. Bagi kita yang baru berjinak-jinak di alam politik kepartian mungkin sedikit akan terkejut dengan senario yang berlaku sekarang ini. Dengan kemajuan teknologi maklumat, maka masyarakat telah dihidangkan dengan pelbagai informasi hiruk pikuk politik Malaysia kini.
Apa yang ingin penulis sentuh ialah apa yang sedang berlaku pada UMNO sekarang ini yang dianggap satu parti keramat buat orang Melayu. Nampaknya orang yang telah memberikan istilah keramat pada UMNO telah berjaya dengan misinya kerana apabila Keramat + UMNO = syirik bagi orang Islam mempercayainya. Maka berhasillah untuk meninggalkan orang Melayu semakin jauh dengan UMNO.
Adalah wajar bagi masyarakat Melayu apabila berbudi bahasa apabila berhadapan dengan orang yang lebih tua ataupun pemimpin yang telah banyak berjasa. Adalah amat malang sekiranya teguran yang dilemparkan oleh orang yang lebih tua dianggap satu tohmahan peribadi, mungkin bagi yang benar melakukan kesilapan maka teguran itu dirasakan satu hukuman bagi pembuat kesalahan. Bagi yang tidak bersalah seperti masyarakat umum akan merasakan ianya satu tindakan untuk memperbetulkan sesuatu yang semakin jauh dari amalan yang baik.
Biarlah kita dikenang kerana menjadi orang yang mengenang budi, kerana sesuatu yang baik itu akan kekal biarpun mulanya sukar untuk dilakukan. Pemimpin yang berpura baik hasilnya akan diketahui jua pada akhirnya. Perbuatan berpura ikhlas kerana inginkan jawatan yang besar akhirnya menggadai seluruh maruah diri. Turun secara bermaruah berbeza dengan diturunkan kerana maruah.