Tuesday, May 2, 2017

political war again perception

2017.. yet we still waiting for the coming election, pru14.. no one's know when the coming election will happen, party start campaign to give a momentum for the war..

the government side, try to persuade people to believe they can give more if they are chosen in this coming election, and many blueprint presented to create good perception..

to be continued....

Wednesday, April 24, 2013

PRU13- analisis 1

masih belum terlewat untuk pm menulis.. walaupun pada hakikatnya baki yang tinggal untuk kita semua sampai kepada tarikh penting negara hanya tinggal lagi 11 hari lagi. Kini pelbagai situasi sedang berlaku diseluruh negara dan nampaknya keadaan masih lagi terkawal. Tetapi para penyokong sudah mula memperlihatkan beberapa tindakan yang agak tidak bertamadun.

pertembungan sengit di beberapa kawasan parlimen menunjukkan negara kini sedang menuju ke arah sebuah negara yang setiap orang merasa ingin melakukan sesuatu demi menyelamatkan negara tercinta. Adakah ini politik yang akan kita amalkan dan akan kita tinggalkan kepada generasi negara pada masa akan datang. Ini tidak mustahil kerana sebulum ini pun jika ada yang pernah membaca makalah mantik.. maka di dalam nya tertulis akan budaya dan pemikiran politik baru yang pada hari ini masih sukar untuk diterima.

apa sebenarnya yang rakyat mahukan dari politik yang kita sendiri pun sebenarnya masih tidak faham, kerana kefahaman politik itu sentiasa akan berubah mengikut arus yang dibawa oleh ahli politik yang mengajarkan politik itu kepada ahlinya. Adakah rakyat faham sebenarnya politik ini adalah jalan dimana rakyat berpeluang untuk mendapat hidup yang lebih baik dan jaminan masa hadapan yang lebih bermakna. 

Pernahkah  sebagai seorang rakyat dan penghuni kepada sebuah tanah yang dipanggil negara, kita telah melakukan sesuatu yang benar kita tahu dan faham akan kesannya. Adakah apa yang kita lakukan dan akan kita lakukan adalah perkara yang betul dan benar sebenarnya bukan sekadar ianya benar kerana kita merasakan ianya benar tetapi ianya adalah benar secara hakiki maka tiada lagi perumusan yang dapat dilakukan yang boleh di nyatakan pada akhirnya kita sebenarnya telah melakukan sesuatu yang tidak bijak dan akhirnya merosakkan geneasi kita sendiri.

peletusan maklumat yang tidak terkawal pada masa kini memungkin kita untuk menyerapi pelbagai maklumat dari pelbagai sumber yang kita sendiri pun tidak terkawal akan kebenarannya. Adakah kita ini menolak maklumat ini secara total atau kita akan mengambil yang lebih senang dengan menyerahkannya kepada kumpulan yang kita rasakan telah melakukan sesuatu yang betul sedangkan kita tidak memberi ruang untuk kumpulan itu mungkin akan melakukan sesuatu yang merosakkan kepentingan maklumat itu oleh kerana maklumat yang akan merosakkan sedikit keutuhan kumpulan. Maka kita dengan alasan hati yang malas membiarkan kepercayaan kita dicorakkan oleh pemikiran kumpulan ini. Maka apa perlu nya lagi politik itu diamalkan kerana asasnya politik ialah dimana ianya medan untuk kita mempertimbangkan setiap sesuatu dengan pertimbangan yang adil supaya ianya menjadi adil untuk kita menyatakan hukum yang sebenarnya kepada diri kita sendiri yang hasilnya nampak dan terkesan dalam bentuk yang mungkin tidak kita fahami.




Tuesday, November 27, 2012

KELAB PENYOKONG BN IPTA

Salam semua...
lamadah tak tulis ni.. hari ini nak update pasal pelancaran Kelab Penyokong BN IPTA.. satu usaha yang baik untuk menarik anak muda kini yang berpelajaran tinggi untuk bersama merencanakan Malaysia yang kita cintai..



Pelancaran kelab ini tidak menyalahi mana-mana undang-undang berkaitan pelajar. So bagi yang merasakan nak join mana-mana kumpulan politik bolehlah bermula dengan yang ini...

Bukan sejenis politik ekstrem sepertimana yang berlaku kepada mahasiswa yang menjadi sewel apabila bersama dengan parti yang satu lagi tu.....

HIDUP MAHASISWA .. MALAYSIA TERPELIHARA..

Thursday, June 16, 2011

Hari ini..

Petrol ron 97 turun 10 sen..

DNA babi dalam tobusco sos...

laman web di malaysia di godam....

Perjuangan kita belum selesai..

Tuesday, April 20, 2010

PRK Hulu Selangor

Nampaknya bahang PRK di hulu selangor makin panas.. makin banyak isu yang dimainkan. Ini lah rasminya pilhanraya, serang-menyerang pasti akan berlaku. Nampaknya yang bertanding bukanlah orang lain tetapi ibarat pertelingkahan adik beradik. Apa tidak nya kerana calon PKR iaitu zaid ibrahim bekas ahli UMNO, seorang yang mendapat manafaat semasa berada dalam UMNO dan sekarang ini ingin menentang UMNO atas dasar keadilan dan demokrasi kononnya...Setelah berjaya mengumpul harta kekayaan maka pada hari ini BN dikatakan menindas rakyat dan tidak adil sedangkan dahulu semasa mengumpul kekayaan semasa masih ahli UMNO berapa banyak masyarakat miskin yang telah berjaya dibantu...itu lah dia politik, kalau menang nampak nya bertambahlah kekayaan zaid...